Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat sekali lagi menjadi subjek kecaman dunia berikutan keputusan kontroversi dan unilateral mereka untuk mengiktiraf "kedaulatan" Israel ke atas Bukit Golan yang diiktiraf oleh PBB sebagai wilayah Syria.
Presiden A.S, Donald Trump baru-baru ini menandatangani satu dekri yang mengiktiraf "kedaulatan" Israel terhadap Bukit Golan yang mereka duduki sejak tahun 1967. Beliau mengambil tindakan itu di dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang berlangsung di Washington pada hari Isnin lepas.
Iran, Turki, Lubnan, Rusia, dan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) dengan pantas menolak tindakan Trump, yang sama sekali jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
Iran: Tindakan yang sangat merbahaya
Presiden Iran Hassan Rouhani di dalam perbualan telefon beliau dengan Perdana Menteri Iraq, Adil Abdul-Mahdi menekankan perlunya "kerjasama erat di antara negara-negara serantau" berikutan "tuntutan berlebihan" rejim Israel dan "tindakan yang salah" daripada Washington.
Erdogan Turki: Tanah siapa yang kamu hadiahkan?
Juga pada hari Selasa, Turki - yang dilihat sering duduk bertentangan dengan kerajaan Syria di dalam konflik lapan tahun di negara Arab itu - menekankan bahawa A.S tidak berhak untuk "memberikan" Bukit Golan ke Israel.
"Trump, Tanah siapa yang kamu berikan kepada Israel? Menurut PBB, tanah itu milik Syria." kata Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika berucap di dalam perhimpunan berlangsung di Istanbul.
27 Mac 2019 - 11:58
News ID: 934755
Amerika Syarikat sekali lagi menjadi subjek kecaman dunia berikutan keputusan kontroversi dan unilateral mereka untuk mengiktiraf "kedaulatan" Israel ke atas Bukit Golan yang diiktiraf oleh PBB sebagai wilayah Syria.